NLP (KETAHANAN MENTAL DAN KEMAHIRAN SENI BERUNDING)
Dalam persekitaran kerja yang semakin kompetitif dan mencabar, kecemerlangan sesebuah organisasi tidak lagi hanya bergantung kepada sistem dan teknologi, tetapi kepada kualiti modal insan yang mampu mengemudi perubahan dengan yakin. Kegagalan organisasi sering berpunca daripada komunikasi yang tidak berkesan, konflik dalaman, dan kekurangan "visibility" bakat-bakat utama yang boleh membawa impak kepada jabatan. Kursus ini menekan tiga (3) dimensi kecemerlangan iaitu ; Lonjakan Produktiviti Melalui Ketangkasan Mental, Strategi Menyerlah Sebagai Pemacu Inovasi dan Keberkesanan Strategik Melalui Negosiasi Win-Win.