Carian Kursus

[ BZA0010 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Objektif kursus adalah seperti berikut ;

mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;

- menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi; dan

- mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi.

 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi; dan
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi.
Syarat Tambahan

Peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus ini perlu maklum bahawa ;

1. Kursus ini akan berlansung selama 4 hari 3 malam.

2. Penginapan hanya akan ditawarkan kepada peserta yang beribu pejabat di luar kawasan Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun, peserta diwajibkan mengikuti aktiviti perkhemahan yang diadakan pada malam hari ketiga kursus.

3. Bebas dari sebarang penyakit kronik dan boleh melakukan aktiviti yang lasak.

4. Satu senarai semak barang keperluan yang perlu dibawa akan diedarkan setelah memberikan maklum balas kehadiran di dalam pautan https://www.dtims.intan.my/

5. Melakukan penilaian kursus di pautan https://www.dtims.intan.my/ untuk mendapatkan Sijil Kehadiran Kursus.

Nota tambahan ;

Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, peserta wanita yang mengandung dan mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta turut digalakkan untuk mempunyai insuran bagi melindungi diri ketika menyertai program ini.

Oleh kerana kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, maka para peserta akan menggunakan pakaian sukan sepanjang masa. Sehubungan itu, mohon para peserta untuk menyediakan secukupnya pakaian sukan, kasut sukan dan keperluan ubat-ubatan peribadi.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 06/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Eksplorasi Diri (Ice Breaking)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pra-Pembinaan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Eksplorasi Kumpulan (Pembinaan Kumpulan)
Hari Ke-2 | 07/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembinaan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persaingan I
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Explorace Challenge
Hari Ke-3 | 08/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kembara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kembara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Asas Perkhemahan
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Persaingan II
Hari Ke-4 | 09/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyatuan, Kupasan & Refleksi