Carian Kursus

[ KEA0012 ] Kursus Literasi Kaunseling [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Secara umumnya, melalui kursus ini peserta akan mempelajari mengenai bimbingan dan kaunseling secara asas yang merangkumi konsep, matlamat dan faedah mempelajari bidang ini. Peserta kursus juga akan didedahkan dengan beberapa teori dan kemahiran dalam kaunseling secara asas. Kaedah penyampaian dalam kursus ini adalah berbentuk ceramah, pengendalian ujian psikologi, perkongsian kes, latih amal dan perbincangan di antara penceramah dan peserta.

Kursus ini sesuai diikuti oleh peserta berikut:

- Bukan dari latar belakang pendidikan bidang psikologi/kaunseling;

- Tidak pernah mengikuti mana-mana latihan dalam bidang psikologi/kaunseling secara rasmi;

- Berminat untuk mempelajari ilmu kaunseling di peringkat asas; dan

- Boleh memberikan kerjasama dalam sesi latihan amali.

 

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep, matlamat dan keperluan aspek bimbingan dan kaunseling dalam kehidupan seharian.
  2. Mengaplikasi teori dan kemahiran asas dalam pengendalian aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Literasi Kaunseling anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ASAS TEORI KAUNSELING DAN MENGENALPASTI MASALAH
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN KAUNSELING SERTA LATIH AMAL
Hari Ke-2 | 24/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERSONALITI DAN KEUNIKAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ASAS KESIHATAN MENTAL, STRES DAN PERKONGSIAN KES
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGURUSAN KELUARGA DENGAN PENDEKATAN KAUNSELING