Secara umum, perkhidmatan pelanggan ialah kebolehan organisasi dalam penyampaian perkhidmatan dan produk kepada pelanggan. Kebanyakan organisasi formal mempunyai Piagam Pelanggan masing-masing, yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti perkhidmatan bagi skop produk yang ditawarkan
Dalam kontek perniagaan, perkhidmatan pelanggan perlu dilihat dari sudut yang lebih kritikal. Di sini, perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen peniaga dalam menyempurnakan penyampaian produk dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan secara berterusan dan konsisten.
Sehubungan itu, kursus ini akan memberikan penekanan kepada peranan pengurusan perkhidmatan pelanggan sepenuhnya yang meliputi fungsi yang terdapat di dalam organisasi. Tambahan itu, peserta juga akan didedahkan dengan teknik-teknik pengurusan stress dan kesihatan mental sebagai salah satu cara menguruskan stress di tempat kerja. Sesi ini adalah untuk memberi semangat dan meningkatkan kemahiran dalam mengawal dan menguruskan stress serta emosi pegawai dan terapi minda.
Terbuka kepada semua pegawai khidmat pelanggan yang bertugas dalam menguruskan pengurusan pelanggan Jabatan. Peserta OKU yang bertugas sebagai pegawai kaunter khidmat pelanggan sangat digalakkan untuk memohon dan diberi keutamaan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Pengurusan Khidmat Pelanggan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kemahiran Pengurusan Pelanggan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan Kesihatan Mental | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Stress dan Terapi Minda | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Tugasan dan Latihan dalam Kumpulan | |
: | Sesi Pembentangan dan Penutup |