Carian Kursus

[ BZA0032 ] Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan: Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi menyediakan platform kepada bakal pesara (wajib/pilihan) untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai penyediaan maklumat dan dokumen persaraan serta faedah persaraan, faedah perubatan dan faedah terbitan yang layak diterima/dituntut setelah bersara kelak. Pemberian pencen dan ganjaran juga boleh ditarik balik, ditahan atau dikurangkan atas sebab-sebab tertentu.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti faedah-faedah persaraan, faedah perubatan dan faedah terbitan yang layak diterima/dituntut setelah bersara;
  2. Menyenaraikan borang dan dokumen persaraan berdasarkan senarai semak JPA dan KWAP;
  3. Mengira jumlah wang ganjaran dan pencen yang akan diterima mengikut formula yang ditetapkan.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini terbuka kepada penjawat awam yang bakal bersara dalam tahun 2022 - 2024 sama ada bersara wajib/pilihan.
  • Semasa memohon kursus, sila nyatakan tarikh persaraan dalam ruangan 'Keterangan aspek tugas yang ada kaitan dengan kursus yang dimohon'.
  • Contoh kenyataan: Bersara wajib pada 1.5.2022.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 22/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Faedah Persaraan dan Perubatan Serta Faedah Terbitan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Faedah Persaraan dan Perubatan Serta Faedah Terbitan (samb)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengiraan Gantian Cuti Rehat (GCR)
Hari Ke-2 | 23/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Maklumat dan Dokumen Persaraan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Hutang-hutang Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat Dasar dan Prosedur Permohonan Pembiayaan LPPSA