Carian Kursus

[ KPB0004 ] Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) - Modul III : Pelaksanaan Dan Pemantauan Projek [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional

Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan

Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.

Kursus ini dilaksanakan selama empat (4) hari secara bermodul.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti fasa aktiviti pengurusan projek pembinaan sebenar berdasarkan aplikasi Project Management Body of Knowledge (PMBOK)
  2. Mengaplikasikan kemahiran dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai projek awam sebagai pengurus projek bertauliah secara profesional
  3. Mengenal pasti kaedah terbaik dalam pengurusan projek berdasarkan garis panduan dan prosedur pengurusan projek sektor awam
  4. Menerangkan tindakan yang betul dalam penyelesaian isu berkaitan pengurusan projek awam yang dibangkitkan dalam Laporan Audit
Syarat Tambahan
  1. Lengkap dose vaksin
  2. Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN
  3. Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR
  4. Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula
  5. Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah
  6. Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi
  7. Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan)
  8. Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus
  9. Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Risiko Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Simulasi Pengurusan Risiko Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Permohonan dan Pemantauan Projek Menggunakan SPPII
Hari Ke-2 | 15/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemantauan Projek dari Perspektif ICU
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pemantauan Projek dan Kawalan Projek daripada Perspektif JKR
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kawal Selia Projek
Hari Ke-3 | 16/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penjadualan dan Pemantauan Projek Menggunakan Microsoft Project
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penjadualan dan Pemantauan Projek Menggunakan Microsoft Project
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penjadualan dan Pemantauan Projek Menggunakan Microsoft Project
Hari Ke-4 | 17/03/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keperluan Peraturan Industri Pembinaan Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Peperiksaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peperiksaan