Kursus Tadbir Urus Terbaik yang disediakan oleh Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek, dan Governan (PDPG) memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada penjawat awam gred 1- 8 (11-40) mengenai konsep tadbir urus sektor awam secara asas dan memperkenalkan elemen-elemen tadbir urus terbaik dalam membentuk penjawat awam yang berorientasikan rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
3. Keutamaan penyertaan Kursus Tadbir Urus Terbaik ini adalah bagi peserta dari Zon Utara.
4. Bayaran sebanyak RM30.00 perlu diselesaikan dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus sebelum 8 Julai 2025. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran & Ice-Breaking | |
: | Ceramah 1: Pendekatan Asas Tadbir Urus | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ceramah 2: Evolusi Tadbir Urus Dalam Sektor Awam | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pitching Session: Tadbir Urus Terbaik | |
: | Gamifikasi: Bob the Builder |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Ceramah 3: Cabaran Tadbir Urus Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ceramah 4: Tadbir Urus Projek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kes & Pembentangan Kumpulan | |
: | Refleksi & Penutup |