Carian Kursus

[ KPA0007 ] Introduction to Behavioural Insights in Policy Making [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus ini terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari gred 29 hingga 56 yang berkhidmat di kementerian/jabatan persekutuan/agensi/kerajaan negeri;
  • Keutamaan untuk menghadiri kursus ini akan diberikan kepada pegawai awam yang terlibat dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar awam.  
  • Kursus ini akan dianjurkan selama 2 hari dengan melibatkan sesi pembelajaran berbentuk teori dan analitikal.
Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti langkah-langkah proses pelaksanaan BI di dalam penggubalan dasar berdasarkan kepada garis panduan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
  2. Menerangkan kerangka ABCD dalam tingkah laku manusia berdasarkan kepada garis panduan OECD.
  3. Mengaplikasikan konsep BI dalam pelaksanaan dasar mengikut garis panduan OECD.
Syarat Tambahan

TERMA & SYARAT / MAKLUMAT TAMBAHAN menghadiri kursus ini adalah seperti berikut:

i. mendapat pelepasan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan sebelum menghadiri kursus ini;

ii. wajib hadir setiap sesi sepanjang 2 hari kursus berlangsung;

iii. tidak layak mendapat sijil kehadiran sekiranya kehadiran di bawah 80% daripada keseluruhan slot;

iv. perlu memaklumkan kepada urus setia sekiranya mempunyai masalah kesihatan atau kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan;

v. minum pagi dan makan tengah hari adalah disediakan untuk para peserta dan diuruskan oleh pihak INTAN;

vi. kemudahan penginapan adalah tidak disediakan dan tuntutan (berdasarkan PP WP1.4) dibuat melalui pejabat masing-masing. (mulai 2023, asrama di INTAN ditutup sepenuhnya bagi tujuan naik taraf di bawah Projek RMK-12)

**Peraturan-peraturan lain (sekiranya ada) akan dimaklumkan kepada peserta semasa sesi taklimat pada hari pertama kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 18/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan, Kepentingan dan Faedah Pendekatan Behavioural Insights
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Behavioural Insights Sebagai Alat Dasar
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kerangka 'ABCD' Dalam Tingkah Laku Manusia
Hari Ke-2 | 19/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep-konsep, Pelaksanaan dan Aplikasi Behavioural Insights
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Langkah-langkah Merangka Intervensi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan