Carian Kursus

[ UZA0012 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Pemikiran manusia begitu luas dan sukar dijangkakan. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk memahami strategi dalam berfikir agar hasil idea yang dikeluarkan dapat dimanfaatkan. Beberapa kaedah dan pandangan ahli pemikir turut dibincangkan dalam kursus ini bagi memberikan kefahaman yang jelas berkaitan teknik pemikiran yang hebat. 

Mantan Perdana Menteri Malaysia menegaskan dalam dalam Janji 21 : Memperkasakan Perkhidmatan Awam amat menggalakkan warga perkhidmatan awam membudayakan kreativiti dan kebolehan berfikir di luar kotak agar dapat mempertajamkan kebolehan mereka dalam bidang masing-masing. Hanya melalui pembangunan idea yang berkesan akan mampu  melahirkan 1,001 idea yang boleh digunakan,  berfungsi dan menguntungkan. Keupayaan untuk melihat sesuatu idea dalam pelbagai perspektif atau sudut pandangan yang di luar kebiasaan  akan membolehkan  seseorang itu bertindak menyelesaikan masalah dengan kaedah yang amat menakjubkan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif
  2. Menyenaraikan creative tools yang boleh digunakan untuk membuat penambahbaikkan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan;
  3. Menerangkan bagaimana creative tools digunakan untuk membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan;
  4. Mengaplikasikan creative tools bagi membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan; dan
  5. Mengaplikasikan best pratices yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi.
Modul/Topik
Hari Pertama | 18/09/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Kreativiti dan Inovasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Memahami Minda
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tool : Creative Challenge, Alternative & Concept Fan
Hari Ke-2 | 19/09/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Tool : Mind Provocation & Random Input
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Creative Tool : Brainstorming & SCAMPER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: InnoVisit
Hari Ke-3 | 20/09/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Idea Jamming
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kumpulan (Sambungan) & Rumusan Akhir