Carian Kursus

[ UZA0001 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 12/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengukuhan Pasukan

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada agensi-agensi sektor awam mengenai keperluan-keperluan dalam kerja-kerja berpasukan bagi sesebuah organisasi. Pengukuhan pasukan perlu sentiasa dipertingkat bagi memastikan pencapaian objektif organisasi dengan lebih berkesan. Ini kerana pengukuhan kerja berpasukan akan dapat mengharmoni matlamat warga dengan matlamat organisasi.                                                                                                   

Kursus Pengukuhan Pasukan ini pada dasarnya menggunakan pendekatan kepimpinan berkualiti, komunikasi berkesan dalam kumpulan, pemikiran kreatif dan kerjasama berpasukan yang disampai dan diterapkan kepada peserta malalui kaedah ‘game”. Peserta juga diberikan tugasan untuk dilaksanakan secara berkumpulan.

Jurulatih yang akan terlibat adalah terdiri daripada Pegawai INTAN. Kursus ini akan menggunakan kaedah pembelajaran di dalam bilik kuliah dan luar (outdoor), perbincangan & persembahan kumpulan dan aktiviti kembara di Lata Gading, Ulu Legong, Baling, Kedah atau di Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Perak.

                                                                  

Objektif Kursus
  1. Mengenal Pasti Konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam Pembangunan Jabatan/Organisasi
  2. Menerangkankepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelak konflik di Jabatan dan Organisasi.
  3. Mengenalpasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi
Syarat Tambahan

Sihat dan Mampu Melakukan Aktiviti lasak

Modul/Topik
Hari Pertama | 07/08/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & LDK 1 Explorasi Diri
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LDK 2: Eksplorasi Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LDK 3: Sinergi Kumpulan
Hari Ke-2 | 08/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LDK 4: iLead-Park/incube
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: LDK 5: iLead-Park/incube
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LDK 6: Sinergi Kumpulan II
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: LDK 7: The Battle
Hari Ke-3 | 09/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: The Journey
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: The Journey
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: The Journey
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Ikhtiar Hidup
Hari Ke-4 | 10/08/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Refleksi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penutup