Carian Kursus

[ TZA0055 ] Kursus Penerapan Empati Penjawat Awam [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada penjawat awam berkaitan dengan sifat empati. Kursus ini dibentuk bagi membolehkan penjawat awam menerapkan nilai empati dalam organisasi.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan ciri-ciri empati dan mengukur sifat empati individu berdasarkan skala “The Balanced Emotional Empathy Scale (BEES);
  2. Menyenaraikan 5 langkah penerapan sifat empati yang disarankan menerusi kaedah dalam “Empathy Tools”; dan
  3. Mengaplikasikan 5 langkah penerapan sifat empati menerusi penyelesaian masalah kajian kes berdsaarkan situasi di organisasi.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 03/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & Pendaftaran
: Pengenalan Kepada Empati
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Empati & Sains Di Sebaliknya
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Empathy Tools : Bahagian 1
Hari Ke-2 | 04/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Empathy Tools: Bahagian 2
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan
Hari Ke-3 | 05/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: The Paradox Of Empathy
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penutup & Penilaian Kursus