Carian Kursus

[ KCA0135 ] Kursus Pengenalan Kepada Kecerdasan Buatan (AI) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah untuk memberikan pengenalan yang komprehensif kepada peserta mengenai konsep, teknik dan aplikasi Artificial Intelligence (AI).  Di mana, para peserta akan mendapatkan pemahaman yang jelas dan kukuh tentang asas AI, kecerdasan buatan melalui penggunaan tools yang meliputi pembelajaran mesin, jaringan neural dan aplikasi praktikal yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan keperluan tertentu.

Artificial Intelligence (AI) merujuk kepada kemampuan mesin atau sistem komputer untuk meniru kemahiran manusia dalam menyelesaikan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Ia melibatkan penggunaan algoritma dan model matematik untuk memberikan komputer kemampuan untuk belajar daripada data dan menyesuaikan diri terhadap situasi baru serta membuat keputusan yang tepat. AI telah digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pengecaman imej, pertuturan, pemprosesan bahasa semula jadi dan mengoptimumkan proses kerja. Selaras dengan kemajuan teknologi, aplikasi AI terus berkembang dan memberikan impak yang amat signifikan dalam membantu manusia menyelesaikan masalah yang lebih rumit lagi kompleks.

Objektif Kursus
  1. Mengukuhkan konsep AI dan mengenalpasti peranannya dalam transformasi sektor awam.
  2. Mengenal pasti kegunaan AI yang relevan dalam perkhidmatan awam
  3. Memberi kefahaman tentang dasar dan garis panduan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
  4. Meneroka proses pelaksanaan dan pengurusan inisiatif AI dalam jabatan.
  5. Membangunkan kemahiran kendiri dalam menghadapi perubahan teknologi
Modul/Topik
Hari Pertama | 28/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengukuhan Pemahaman AI dan Ekosistem Teknologi Berkaitan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Aplikasi AI dalam Sektor Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etika, Dasar dan Rangka Kerja AI dalam Perkhidmatan Awam
Hari Ke-2 | 29/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemilihan, Integrasi dan Pengurusan Projek AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Membangunkan Kompetensi Penjawat Awam dalam Era AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Amali bersama AI