Carian Kursus

[ ISA0033 ] CRISIS COMMUNICATION AND BRAND REPUTATION: HUMAN OR AI? [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Pengurusan krisis adalah proses mengenal pasti, menilai, dan menangani situasi yang boleh mengancam organisasi, reputasi, atau operasi normal sesebuah organisasi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesan negatif krisis dan memulihkan kestabilan secepat mungkin.

Pengurusan krisis sangat penting untuk memastikan kawalan terhadap keselamatan dan pertahanan negara kekal stabil. Oleh itu, setiap pegawai di setiap jabatan ditugaskan dan ditanggungjawabkan dalam menguruskan krisis kerana pengurusan krisis ygang baik adalah berdasarkan kepada kepakaran pegawai dalam mengatur, menyusun dan mengendalikan sesuatu situasi dengan terkawal dan sistematik mengikut tatacara dan panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kursus kali in merupakan kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertujuan untuk memberi pendedahan yang menyeluruh dari konsep pertahanan yang telah ditetapkan oleh MKN dan ATM. Kursus ini dirangka untuk melatih peserta dengan kemahiran, pengetahuan, dan strategi yang diperlukan bagi menguruskan dan mengendalikan pelbagai jenis krisis yang mungkin berlaku.

Peserta akan belajar mengenalpasti risiko-risiko yang mungkin berlaku, mengembangkan strategi kesiapsiagaan dan merancang tindak balas yang efektif dalam pelbagai senario krisis.

Objektif Kursus
  1. Memberi panduan dan pengetahuan kepada pegawai tentang pengurusan krisis dalam organisasi.
  2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dalam strategi dan usaha menguruskan krisis dengan baik dan terkawal.
  3. Meningkatkan kemahiran kepimpinan pegawai dalam mengurus dan mengendalikan krisis dalam sesebuah organisasi.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada semua pegawai di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Modul/Topik
Hari Pertama | 18/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi I: Pengenalan kepada Krisis - Dasar Keselamatan Negara MKN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi II: Persediaan Pengurusan Krisis - Garis panduan pengurusan krisis - Penilaian risiko dan pengenalpastian krisis - Cabaran dan Ancaman teknologi dalam keselamatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi III: Latihan dalam Kumpulan (Latihan dan Simulasi) - Latihan dan Simulasi mengadakan simulasi dan latihan meja - Menyemak dan mengemaskini pelan pengurusan krisis berdasarkan pembelajaran
Hari Ke-2 | 19/06/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi IV: Pengenalan Pengurusan Krisis dalam Pertahanan Awam - Dasar keselamatan dan pertahanan ATM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi V: Pengurusan Krisis dalam Pertahanan Awam - Tatacara dan pengurusan keselamatan dan pertahanan - Cabaran dan Ancaman teknologi dalam pertahanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi VI: Pengkongsian Ilmu dan Pembentangan Kumpulan - Pengkongsian Ilmu OPS Daulat 2013 - Pembentangan Kumpulan
Hari Ke-3 | 20/06/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi VII: Pengurusan Media dalam Krisis - Garis panduan pengurusan media dalam krisis - Persiapan dan pengurusan media - Teknik dalam menguruskan kawalan Media
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi VIII: Latihan dalam Kumpulan dan Pembentangan