Carian Kursus

[ SZA0003 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan keperluan semasa di dalam perkhidmatan awam dan penekanan kepada strategi dan program berteraskan keberhasilan bagi menjana inovasi dan meningkatkan produktiviti amat dititikberatkan oleh stakeholder.   Sehubungan itu, kursus yang diadakan secara bersemuka ini menampilkan inisiatif-inisiatif strategik yang baharu bagi menggalakkan perkongsian ilmu, percambahan idea serta platform bagi menanda aras amalan-amalan terbaik bagi menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif
  2. Menyenaraikan Creative Tools yang boleh digunakan untuk menjana idea kreatif dalam pekerjaan
  3. Menerangkan dan mengaplikasi bagaimana Creative Tools digunakan untuk membuat penambah baikan , menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi
  4. Mengaplikasi Best Practice yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi
Syarat Tambahan

TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN 
PESERTA KURSUS SECARA DALAM TALIAN
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KAMPUS WILAYAH SELATAN


1.    Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. 
2.    Peserta perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam; 
3.    Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
4.    Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal hadir. 
5.    Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.    Peserta dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian serta mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat; 
7.    Peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
8.    Peserta dikehendaki untuk mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan 10 minit sebelum kursus bermula. 
9.    Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
10.    Peserta dikehendaki untuk menetapkan webcam pada mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tidak digunakan; 
11.    Peserta dikehendaki mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan menekan ikon Raise Hand sebelum menetapkan mikrofon pada mode on atau taip melalui ruangan chat window; 
12.    Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus. 
13.    Peserta dikehendaki untuk membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/02/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Taklimat Malaysia MADANI
: Pengenalan kepada Kreativiti dan Inovasi (Konsep pemikiran kreatif)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Memahami Minda
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tools : Creative Challenge, Alternative Concept Fan
Hari Ke-2 | 25/02/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Tools : Brainstroming, Scamper and Random Input
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Creative Tools : Mind Provocation & Movement
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Creative Idea Jamming 2 / LDK - Brainstorming & Scamper/ Penilaian Kursus & Penutup