Carian Kursus

[ KFA0046 ] Kursus Pentadbiran Kontrak Kerajaan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pentadbiran kontrak kerajaan yang cekap terutamanya dalam perolehan Kerajaan dan tanggungjawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan kontrak Kerajaan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti maklumat penting mengenai dasar, peraturan dan prosedur pentadbiran kontrak Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
  2. Membuat perbandingan mengenai aplikasi dasar, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa dalam menguruskan kontrak Kerajaan.
  3. Mengaplikasikan kandungan intipati dasar, peraturan dan prosedur dalam pentadbiran kontrak Kerajaan
Syarat Tambahan

Terbuka kepada pegawai perolehan gred 19 - 56.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/01/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Malaysia Madani
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pra-Pentadbiran Kontrak Kerajaan
Hari Ke-2 | 30/01/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Terma Utama Kontrak Perolehan Kerja Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Terma-terma Utama Kontrak Perolehan Kerajaan (Bekalan dan Perkhidmatan)
: Terma-terma Utama Kontrak Perolehan Kerajaan (Perkhidmatan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Terma Utama Kontrak Projek Kerjasama Awam Swasta (PPP)
Hari Ke-3 | 31/01/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perubahan Terma dan Syarat Kontrak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Isu-Isu Pentadbiran Kontrak
: Isu-Isu Pentadbiran Kontrak
: Isu-Isu Pentadbiran Kontrak
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penamatan Kontrak