Carian Kursus

[ KCA0165 ] Bengkel Pembangunan Bahan Kursus EPSA [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pembangunan Bahan Kursus EPSA ini melibatkan pelaksanaan Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test, UAT) bagi Modul OC 6 Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 serta sesi semakan kedua bagi aspek multimedia untuk Modul OC 9 Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Pengujian dan semakan dilaksanakan secara sistematik dengan berpandukan komponen pengujian yang berkaitan serta Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®. Penguji yang dilantik akan mengenal pasti dan merekodkan penemuan, menghuraikan impak serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memastikan bahan kursus yang dibangunkan memenuhi keperluan dan standard kualiti yang ditetapkan. Hasil bengkel ini akan menjadi asas tindakan pembetulan dan pemuktamadan modul mengikut jadual pelaksanaan projek.

Objektif Kursus
  1. Melaksanakan UAT bagi Modul OC 6 Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 berdasarkan komponen pengujian serta Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.
  2. Melaksanakan semakan kedua bagi aspek multimedia untuk Modul OC 9 Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 berdasarkan keperluan dan standard kualiti yang ditetapkan.
  3. Mendokumentasikan penemuan, impak dan cadangan penambahbaikan secara jelas sebagai panduan tindakan pembetulan dan pemuktamadan modul mengikut jadual pelaksanaan projek.
Syarat Tambahan

Penguji yang dilantik WAJIB hadir.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/10/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 1
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 (sambungan) || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 1
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 (sambungan) || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 2
Hari Ke-2 | 30/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 (sambungan) || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 2
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 (sambungan) || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 3
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengujian UAT Modul OC 6 Tahap 1, 2 dan 3 (sambungan) || Semakan 2 Modul OC 9 Tahap 3