Carian Kursus

[ JDNFC1001 ] KURSUS TEKNIK MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP) DAN LIVE STREAMING MEDIA SOSIAL (OBS) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi kemahiran asas pengendalian peralatan penyiaran melalui teknik Multi Camera Production dan Live Streaming menggunakan Open Broadcaster Software (OBS) bagi tujuan sesi rakaman dan siaran langsung program-program anjuran JDN. Penyertaan peserta daripada setiap Bahagian adalah perlu bagi memastikan wakil daripada setiap bahagian di JDN memiliki kemahiran untuk mengendalikan siaran langsung dan MCP dengan baik.

Sehubungan itu, BPKK mempelawa 24 orang warga JDN untuk menyertai kursus ini khususnya  bagi pegawai yang membantu penganjuran program Bahagian masing-masing.

 

Objektif Kursus
  1. Objektif kursus kepada peserta adalah : i. memahami asas penggunaan dan konfigurasi OBS Studio untuk keperluan live streaming; ii. mengaplikasikan teknik penyediaan visual, grafik, dan audio secara professional; iii. mengendalikan persiapan teknikal siaran langsung untuk pelbagai jenis program jabatan; iv. mengintegrasikan peralatan audio-visual bagi memastikan siaran berkualiti tinggi; v. memahami konsep asas MCP dan penyelarasan kamera dalam rakaman acara; dan vi. menggunakan teknik MCP untuk menghasilkan rakaman dan penyiaran berkualiti tinggi.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan “Multi Camera Production”
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Peralatan Teknikal MCP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Demonstrasi Pemasangan Peralatan MCP
Hari Ke-2 | 09/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan “Open Broadcaster Software”(OBS)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Peralatan Teknikal OBS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Demonstrasi Pemasangan Peralatan OBS
Hari Ke-3 | 10/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Praktikal MCP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Praktikal OBS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hands-on Pemasangan Penuh MCP & OBS