Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.
Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.
Peserta akan menduduki peperiksaan bagi Modul 1 hingga 3 pada hari terakhir kursus. Manakala bagi Modul 4, peserta akan diberikan tugasan berkumpulan untuk dibentangkan dan akan dinilai oleh Panel.
Kursus ini dilaksanakan secara fizikal selama lima (5) hari bagi Modul 1 dan 2 dan 4 (hari) bagi Modul 3 dan 4.
PENGUMUMAN PENTING :
SILIBUS BAHARU KURSUS 3PAB DIJANGKA DILAKSANAKAN MULAI TAHUN 2025. OLEH ITU, PESERTA YANG MASIH BELUM MELENGKAPKAN KESEMUA MODUL HENDAKLAH BERBUAT DEMIKIAN PADA TAHUN 2024
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Konsep Malaysia Madani | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Governan dalam Projek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Nilai, Etika dan Intergriti dalam Pengurusan Projek |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyiapan dan Penyerahan Projek | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Penilaian Outcome Projek dan 10 Langkah dalam Penyediaan Kertas Penilaian Outcome | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Simulasi Penyediaan Penilaian Outcome |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Perbincangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan Projek daripada Perspektif Ketua Audit Negara | |
: | Perbincangan Kumpulan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Tugasan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Perbincangan Kumpulan |