Carian Kursus

[ EAA0026 ] KURSUS LANJUTAN PENTERNAKAN AYAM BELANDA (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

KURSUS LANJUTAN PENTERNAKAN AYAM BELANDA

TEMPAT KURSUS : LADANG INFOTERNAK SUNGAI SIPUT PERAK DAN SANTING AGRI FARM PADANG RENGAS

Belakangan ini, landskap penternakan telah menyaksikan peningkatan minat dalam penternakan pelbagai jenis ternakan, termasuklah penternakan ayam Belanda. Apabila permintaan terhadap produk ayam Belanda yang berkualiti tinggi terus meningkat, adalah penting bagi komuniti penternak termasuk kakitangan jabatan untuk dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memanfaatkan potensi penternakan ayam Belanda dengan berkesan. Untuk keperluan ini, pihak kami akan menjalankan Kursus Lanjutan Ayam Belanda yang berbentuk komprehensif yang bagi para penternak dan kakitangan jabatan yang telah menghadiri kursus asas penternakan ayam Belanda yang telah dianjurkan pada 2023.

KANDUNGAN/ JADUAL KURSUS

  1. Sesi amali akan menekankan asas pembiakan ayam belanda secara permanian beradas meliputi teknik pengumpulan semen, penilaian semen, penyediaan larutan pencairan serta teknik suntikan inseminasi semen ke dalam sistem pembiakan ayam belanda.
  2. Cadangan sesi amali ini dilaksanakan di Ladang Santing Agrifarm, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.
Objektif Kursus
  1. Memahami dan mengenalpasti dengan lebih mendalam asas penternakan ayam belanda termasuk perumahan, peralatan, dan teknik pembiakan ayam belanda.
  2. Memperoleh pengalaman praktikal melalui latihan amali dalam pengendalian ayam belanda, pemakanan, dan pengurusan penyakit.
  3. Menawarkan sijil kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus sebagai pengiktirafan terhadap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam penternakan ayam belanda.
  4. Mengaplikasi kemahiran berkaitan langkah-langkah biosekuriti yang boleh dipraktikkan untuk mengelak penyebaran penyakit dan menjaga kawanan ayam belanda yang sihat.
Syarat Tambahan

SASARAN PESERTA
GOLONGAN SASAR: TERDIRI DARI PENTERNAK YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS ASAS PENTERNAKAN AYAM BELANDA ANJURAN DVS
KAKITANGAN JABATAN: PEGAWAI TEKNIKAL DI LAPANGAN DAN PEGAWAI UNIT ANEKA HAIWAN, KEUTAMAAN PADA YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS ASAS.

SYARAT TAMBAHAN:
1. PENCALONAN DIBUKA KEPADA: SEMUA PENTERNAK AYAM BELANDA YANG ADA ASAS & KAKITANGAN DVS YANG TERLIBAT.
2. PENDAFTARAN KAKITANGAN DVS/ KPKM (FEDERAL) ADALAH MELALUI PORTAL; SISTEM PROFIL LATIHAN KPKM HTTPS://SPLV2.KPKM.GOV.MY/
3. PENDAFTARAN KAKITANGAN DVS NEGERI & PENTERNAK (AWAM) ADALAH MELALUI PORTAL INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JPA MALAYSIA HTTPS://WWW.DTIMS.INTAN.MY/LOGIN
4. SIJIL KEHADIRAN HANYA AKAN DIBERI KEPADA PESERTA YANG LENGKAP MENYELESAIKAN PROGRAM DAN MENJAWAB PENILAIAN KURSUS PADA HARI TERAKHIR PROGRAM.
5. PENGINAPAN: PENGINAPAN TERHAD KEPADA YANG MEMOHON PADA URUSETIA SAHAJA.
8. MAKAN MINUM: DISEDIAKAN SEMASA PROGRAM
9. PENGANGKUTAN: SENDIRI
10. ANJURAN: UAH BPIT DVS PUTRAJAYA
11. URUSETIA: DVS PUTRAJAYA DR. NURLIYANA 03-88702463 UAH@DVS.GOV.MY; DVS PERAK EN. AZRIN 05-5459111; DVS PENANG EN. RUSYDI/ EN. SABQI 04-5084368/69; LADANG INFO TERNAK 05-5981552

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TAKLIMAT KURSUS, PENGENALAN, DAN OVERVIEW INDUSTRI
Hari Ke-2 | 12/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGURUSAN PEMBIAKAN AYAM BELANDA; ASAS PEMILIHAN PEMBIAK BAKA & TEKNIK PEMBIAKAN SECARA PERMANIAN BERADAS AMALI PENGUMPULAN & PENILAIAN SEMEN, AMALI PENYEDIAAN PENCAIRAN SEMEN & SUNTIKAN INSEMINASI & PENGURUSAN PENGERAMAN & PENETASAN TROUBLESHOOTING MASALAH PENGERAMAN & PENETASAN LATIHAN DALAM KUMPULAN