Carian Kursus

[ CAA0019 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN PRODUK PERIKANAN BERASASKAN OTOSHIMI (SIRI 1) (UPSKILLING-GS) [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus  ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta dalam bidang pemprosesan produk ikan dan mendedahkan teknik yang betul dalam pemprosesan otoshimi dan produk berasaskan otoshimi. Mendedahkan peserta kepada produk perikanan di pasaran dan peralatan yang diperlukan dalam penghasilan produk berasaskan ikan. Mendedahkan peserta kepada asas pembungkusan, asas keselamatan makanan (MeSTI) dan keusahawanan.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan tentang otoshimi dan kaedah penghasilannya
  2. Mengenal pasti produk dan mengetahui teknik pemprosesan dalam penghasilan produk berasaskan otoshimi
  3. Menerangkan tentang amalan kebersihan yang baik dalam pemprosesan makanan.
  4. Menerangkan tentang kaedah persijilan Mesti, pembungkusan dan teknik pengawetan produk makanan.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada semua golongan sasar terutama pengusaha produk perikanan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Pemprosesan Otoshimi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teori Kebersihan, Sanitasi & Persijilan (MeSTI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teori Teknologi pengawetan produk makanan & Pembungkusan dan pelabelan produk makanan
Hari Ke-2 | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Amali Penyediaan Bahan Mentah ( Otoshimi )
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan produk ( keropok keping / segera / lekor )
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali Penyediaan produk ( keropok keping / segera / lekor )
Hari Ke-3 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Lawatan Ke Premis Pemprosesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan produk (Sos pencicah & Sata/ Agekama)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembungkusan & Penilaian Produk
Hari Ke-4 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Keusahawanan & Kemudahan Pembiayaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Majlis penutup & Penyampaian Sijil