Carian Kursus

[ WZA0001 ] Kursus Pemandu Cemerlang [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pemandu Cemerlang ini diadakan selama dua hari setengah (16 jam) khusus kepada Pemandu Kenderaan Kerajaan.  Metodologi kursus adalah berbentuk ceramah dan satu sesi khas untuk latih amal penggunaan Buku Log Kenderaan.  Khidmat penceramah daripada JPJ juga akan disediakan.  Semoga kursus ini dapat menghasilkan Pemandu Kenderaan Kerajaan yang cemerlang dengan disiplin, etika dan pengetahuan yang tinggi.  

Objektif Kursus
  1. Membentuk tingkahlaku berhemah dan cemerlang dalam diri Pemandu Kenderaan Kerajaan menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  2. Menyelenggara Buku Log Kenderaan dengan sempurna menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, 1PP WP 4.1, Lampiran C.
  3. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jalanraya serta kesalahan-kesalahan lalulintas yang sedang berkuatkuasa semasa memandu menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan dengan betul.
  4. Mempamerkan imej dan ketrampilan diri Pemandu Kenderaan Kerajaan dengan baik.
  5. Mengaplikasi Etiket dan Protokol Pemanduan Kenamaan dengan betul.
Syarat Tambahan

1.  Sukacita memaklumkan bahawa kursus ini akan dikendalikan secara atas talian (online) sekiranya wabak Covid-19 belum reda.

2.  Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ini:

     i. tidak perlu hadir ke INTAN Kampus Wilayah Sarawak secara fizikal sama ada untuk pendaftaran dan sebagainya.  Hanya perlu berada ditempat masing-masing;

     ii. hendaklah log in ke dalam Google Meet atau Zoom pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus;

     iii. dipohon menggunakan kamera (webcam) semasa kursus dalam talian berlangsung;

     iv. menutup audio sepanjang masa berkursus kecuali diminta bercakap;

     v. boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau berbual (menaip) melalui chat window Google Meet atau Zoom;

     vi. mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet atau Zoom; dan

     vii. membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/03/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ciri-Ciri Pemandu Berhemah dan Cemerlang.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan.
Hari Ke-2 | 17/03/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Undang-Undang dan Peraturan Jalan Raya.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan-Kesalahan Dalam APJ 1987, ALPKP 1987 dan Kaedah Peraturan Jalan Raya dan Sistem KEJARA.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemanduan Berhemah.
Hari Ke-3 | 18/03/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Imej dan Ketrampilan Diri Pemandu Kenderaan Kerajaan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etiket dan Protokol Pemanduan Kenamaan; Rumusan, Penilaian dan Penutupan Kursus.