Carian Kursus

[ EAA0079 ] KURSUS AMALAN TERBAIK DALAM PENTERNAKAN LEMBU (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

KETERANGAN KURSUS

Kursus Amalan Terbaik Dalam Penternakan Lembu anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada penternak dan bakal penternak lembu bagi memberikan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang penternakan kambing di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan di lapangan.

Kursus ini hanya menekankan aspek pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti secara sistematik dalam meningkatkan kecekapan produktiviti ternakan terutamanya dalam sektor lembu pedaging. Penerangan berkaitan pengurusan kesihatan dan program kawalan biosekuriti ladang boleh membantu dalam memastikan prestasi ladang dalam keadaan baik.

Objektif Kursus
  1. Mengetahui dan memahami aspek pengurusan kesihatan dalam penternakan lembu
  2. Mengetahui prosedur bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan program kawalan biosekuriti ladang lembu.
  3. Memahami kepentingan dan hubung kait pengurusan kesihatan dan program kawalan biosekuriti dalam memastikan prestasi ladang dalam keadaan baik.
Syarat Tambahan

Kursus Amalan Terbaik Dalam Penternakan Lembu dilaksanakan secara fizikal (bersemuka) bertempat di Bilik Kuliah Tanjung, Institut Veterinar Malaysia. Terdapat beberapa maklumat tambahan iaitu;

  1. Yuran kursus adalah percuma.
  2. Kursus ini hanya dibuka untuk 25 peserta yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Penginapan sepanjang kursus tidak disediakan dan semua peserta perlu mengatur penginapan masing-masing.
  4. Makan dan minum sepanjang kursus adalah disediakan kecuali makan malam (Sarapan pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang)
Modul/Topik
Hari Pertama | 28/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Industri Penternakan Lembu dan fungsi jabatan dan pemegang taruh dalam kawalan penyakit
: Program umum Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan penyakit
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Program Kawalan Biosekuriti
Hari Ke-2 | 29/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penilaian dan perlaksanaan program pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti di ladang ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian dan perlaksanaan program pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti di ladang ternakan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan dan rumusan kursus