Sejajar dengan keperluan persekitaran semasa yang dinamik, justifikasi penganjuran kursus adalah seperti berikut:
i.Memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkenaan kepentingan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia;
ii.Menerapkan budaya pemikiran strategik bagi memastikan tahap kesedaran dan siapsiaga yang tinggi dalam isu keselamatan negara; dan
iii.Menyediakan ruang perbincangan antara peserta kursus mengenai cabaran pertahanan Malaysia dalam era globalisasi dan melahirkan warga Perkhidmatan Awam yang berpengetahuan dan cakna dalam bidang keselamatan dan strategi.
Di akhir kursus, peserta akan dapat:
i.Menerangkan dengan ringkas Kertas Putih Pertahanan Negara serta Dasar Keselamatan Negara;
ii.Mengenalpasti cabaran dan isu-isu keselamatan bukan tradisional seperti keselamatan makanan, ancaman siber dan juga isu-isu pencerobohan persempadanan Negara; dan
iii.Menjelaskan peranan penjawat awam dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kertas Putih Pertahanan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Ancaman Tradisional dan Bukan Tradisional | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Isu -Isu Kontemporari dalam Keselamatan Negara, Serantau dan Antarabangsa | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Jenayah Rentas Sempadan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Cabaran Sekuriti Makanan Negara |