Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai asas, konsep dan proses perakaunan dan aplikasi perakaunan akruan dalam pengurusan kewangan perkhidmatan awam yang bermula pada tahun 2020.
Pengetahuan asas sedemikian amat kritikal dalam usaha meningkatkan produktiviti kerja pengurusan perakaunan terutama dari terbitnya dokumen kewangan untuk sesuatu urusniaga hingga ke pelaporan akhir dalam bentuk penyata kewangan.
Penyata kewangan ini digunakan oleh pelbagai pihak dari luar dan dalam organisasi untuk membuat penilaian prestasi dan keputusan secara lebih berkesan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Perakaunan Akruan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan kepada Perakaunan Akruan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Dokumen Kewangan, Catatan Bergu dan Latihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Jurnal, Lejar dan Latihan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Imbangan Duga dan Latihan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pelarasan dan Latihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyata Kewangan dan Latihan |