Dokumen rasmi Kerajaan adalah sebarang bahan bertulis yang dihasilkan oleh kerajaan secara sah dan tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003). Dokumen-dokumen ini termasuk surat, memorandum, dan e-mel yang digunakan di setiap pejabat kerajaan.
Kepentingan surat rasmi terlihat melalui pelbagai punca kuasa yang menekankan aspek-aspek struktur, elemen, dan gaya bahasa surat rasmi kerajaan untuk membezakannya dari dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh pihak swasta. Penerbitan Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1980 menjadi titik tolak untuk penyeragaman kepala surat dan struktur surat rasmi kerajaan. Dalam rentetan itu, MAMPU melahirkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 yang memperincikan aspek penulisan surat rasmi, memorandum, dan e-mel rasmi kerajaan.
Walaupun arahan ini bukan Pekeliling Perkhidmatan, ia telah dijadikan pedoman oleh kementerian, jabatan, agensi, dan badan berkanun termasuk universiti-universiti yang mengeluarkan panduan penulisan sendiri dengan merujuk Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 sebagai rujukan utama.
Penting untuk difahami bahawa penulisan surat dalam konteks bahasa Melayu memiliki elemen penekanan bahasa kebangsaan. Keindahan bahasa dan pemilihan kata yang bersesuaian dengan norma bahasa Melayu adalah kunci dalam penulisan surat rasmi kerajaan di samping penyampaian mesejnya.Penggunaan elemen hormat dan sopan santun juga menjadi faktor penting dalam penulisan surat rasmi dalam bahasa Melayu.
Melalui latihan berkaitan dokumen rasmi kerajaan yang lazim kepada setiap pejabat kerajaan, tatacara penggunaan bahasa Kebangsaan yang optimum juga boleh disampaikan kepada penjawat awam. Kursus ini berada di bawah Kluster Pembangunan Kendiri (Protokol & Bahasa) dan Tatacara Kerja, Dasar Latihan JPA.
Kursus ini diadakan dalam talian bagi memaksimumkan penyertaan. Peserta wajib menggunakan peranti yang mempunyai kemudahan kamera dan mikrofon. Peserta boleh digugurkan daripada kelayakan sijil sekiranya tidak mematuhi syarat ini.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | FORMAT SURAT RASMI, MEMO DAN E-MEL KERAJAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | GAYA BAHASA DALAM PENULISAN DOKUMEN RASMI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan Penulisan dan Persembahan Kumpulan |