Carian Kursus

[ CAA0043 ] KURSUS PENGETAHUAN NELAYAN TAHAP ASAS (PANTAS) KEPADA NELAYAN LAUT DAN NELAYAN DARAT (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Jabatan sedang ke arah untuk memberi nelayan laut dan nelayan darat pendedahan dan latihan tentang Pengetahuan Asas Nelayan berkaitan peraturan dibawah Akta Perikanan, syarat-syarat lesen, keselamatan, haiwan terancam, pencemaran, pencerobohan, perlombongan pasir dilautan, Taman- Taman Laut, kawasan larangan, ‘port-limit’, persempadanan antarabangsa dan banyak lagi pengetahuan bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh nelayan. Maka, untuk memudahcara dan merealisasikan program kursus upskilling para pegawai bertanggungjawab di setiap negeri dan daerah untuk membantu dalam menyampaikan pendedahan ini. Tambahan pula, PANTAS ini juga boleh menjadi platform untuk nelayan berkongsi kawasan operasi dengan industri lain seperti akuakultur, perlombongan, perkapalan, pengangkutan dan pemasangan kabel dasar laut. Maka satu sistem pendidikan rasmi kepada seluruh nelayan berkaitan pengetahuan asas ini perlu dilaksanakan untuk menjamin keselamatan nelayan dan kelestarian sumber perikanan.

Kursus ini adalah untuk melatih kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjadi penceramah kursus PANTAS dan di samping membangunkan bahan pengajaran/slaid bersama semua bahagian di dalam Jabatan Perikanan Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Selepas menghadiri kursus ini, para peserta diharap akan dapat: 1 Meningkatkan kefahaman berkaitan peraturan perikanan, penjagaan ekosistem marin dan pantai negara serta keselamatan di laut untuk tujuan penyampaian ilmu pembelajaran kepada para nelayan. 2 Memastikan semua peserta mendapat ilmu secara teori dan praktikal untuk cara penyampian yang lebih berkesan dan teratur.
Brosur/Dokumen
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 28/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ceramah Pembangunan slide dan penghasilan bahan kursus PANTAS
Hari Ke-2 | 29/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ceramah kaedah dan cadangan penyampaian slide semasa kursus