Carian Kursus

[ KNA0022 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bil. 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarkan PKPA Bil. 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Tempat penginapan di dalam INTAN Bukit Kiara adalah tidak disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 15/06/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peranan Piagam Pelanggan dalam CRM Sektor Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Standard Perkhidmatan dan Kualiti Layanan
Hari Ke-2 | 16/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Aduan dan Maklum Balas
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengendalian Pelanggan Sukar & Situasi Kritikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemantauan dan Pengukuran Prestasi Perkhidmatan