Carian Kursus

[ KNA0002 ] Kursus Pemikiran Kreatif [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dirangka bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam dalam pengurusan organisasi dan membantu dalam penyelesaian masalah.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam dalam pengurusan organisasi dan penyelesaian masalah.
  2. Menerangkan teori serta konsep pemikiran kreatif dan inovatif.
  3. Menyenaraikan creative tools yang boleh digunakan untuk membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan.
  4. Menerangkan bagaimana creative tools digunakan untuk membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan.
  5. Mengaplikasikan creative tools bagi membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan.
  6. Mengaplikasikan best practices yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan inovasi organisasi.
Syarat Tambahan

 

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Jalan Elmu (IJE) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuatnaik.
  3. Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal.
  4. Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus.
  5. Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan.
  6. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursusLink ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  8. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  9. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  10. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/04/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Kreativiti dan Inovasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Memahami Minda
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Creative Tool: Mind Provocation & Random Input
Hari Ke-2 | 06/04/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Tool- Random Input dan Keluar Dari Kebiasaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Creative Tool: Brainstorming & SCAMPER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Creative Idea Jamming (Latihan Dalam Kumpulan)
: Rumusan Penilaian & Penutup