Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam yang dianjurkan saban tahun adalah antara usaha baik berterusan yang dianjurkan oleh kerajaan bagi menyuntik semangat, galakan dan memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai kepentingan konsep inovasi melalui perkembangan minda ke arah kreativiti. Melalui pendekatan tersebut diharapkan para penjawat awam akan dapat melaksanakan tugas yang berimpak tinggi dan lebih efisien sejajar dengan perkembangan semasa dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Justeru itu, penekanan inovasi dalam pembelajaran serta penerapan elemen kreativiti diharapkan mampu memberikan nilai tambah baru pada rutin tugasan harian penjawat awam secara khususnya dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan sektor awam secara umumnya.
Melalui kursus ini, para peserta berpeluang untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta kepakaran dalam mengaplikasikan kreativiti dan inovasi di organisasi. Kandungan kursus ini adalah hasil adaptasi daripada penggabungan teori serta latih amal yang telah diperkenalkan oleh Dr. Robert Epstein, Edward E.Scannell, John W.Newstrom dan beberapa tokoh akademik yang lain. Peserta kursus akan dilatih agar berupaya menjadi sebagai seorang pemikir, penggiat serta pemacu perubahan dalam organisasi masing-masing.
Nota : Dahulu kursus ini dikenali sebagai Kursus Strategi Meningkatkan Kreativiti
Terbuka kepada semua kakitangan awam yang memerlukan pendekatan kreatif untuk melaksanakan tugas seharian di pejabat agar mencapai hasil yang lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Teori Generativiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Adakah Semua Orang Kreatif ? | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Capturing |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Challenging | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Broadening | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Surrounding |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Team Creativity | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | FINAL DE-BRIEFING |