Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan latihan secara praktikal kepada pengamal media Sarawak dalam memanfaatkan teknologi AI secara optimum. Ia juga diharap dapat menyokong agenda pendigitalan sektor komunikasi di negeri Sarawak. Melalui kursus ini, para peserta akan didedahkan kepada alatan digital semasa, pendekatan kewartawanan berasaskan data serta potensi dan risiko yang dibawa oleh penggunaan AI dalam dunia media. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja media yang berdaya saing, inovatif dan seiring dengan arus pemodenan komunikasi digital di Sarawak.
Terbuka kepada Pengamal Media di Sarawak. Sila bawa laptop sendiri untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 1: THE CHANGING FACE OF JOURNALISM | |
: | MODUL 2: AI TOOLS FOR JOURNALISTS | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 3: STORYTELLING WITH AI | |
: | MODUL 4: SOCIAL MEDIA PLATFORMS & ALGORITHMS | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 5: ETHICS, BIAS & RESPONSIBILITY | |
: | MODUL 6: THE FUTURE OF JOURNALISM & FINAL PROJECT |