Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK. Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing. Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh tiga hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 19 hingga 56.
Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK. Keutamaan juga diberikan kepada peserta yang belum pernah menghadiri kursus ini.
Nota:
1. Pelaksanaan kursus ini adalah secara dalam talian. Peserta-peserta perlu menyediakan keperluan bagi mengikuti kursus dalam talian seperti komputer dengan kelengkapan kamera dan mikrofon.
2. Kursus ini tidak berbayar (percuma).
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. Tidak perlu datang ke INTAN Jalan Elmu Kuala Lumpur secara bersemuka samaada untuk pendaftaran kelas atau asrama. Hanya perlu berada di tempat masing-masing (pejabat/di rumah).
2. Menyertai kursus dalam talian menggunakan aplikasi Zoom pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.
3. Perlu memiliki kemudahan Komputer dengan kelengkapan webcam dan audio untuk mengikuti kursus ini.
4. Kursus akan dijalankan secara atas talian 100% melalui sesi ceramah dan aktiviti kumpulan (latih amal).
5. Peserta digalakkan berinteraksi seperti kelas bersemuka dengan mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui audio atau chat window..
6. Mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Zoom.
7. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus sekiranya memenuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya 80%.
Nota: Kursus ini tidak dikenakan bayaran (percuma).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Dokumentasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyediaan Dokumentasi - sambungan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Horizon Baru KIK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penghasilan dan Pengenalpastian Projek | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Mekanisme Penilaian dan Kriteria Pemarkahan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Teknik dan Kaedah Design Thinking | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Teknik dan Kaedah Design Thinking |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pembentangan Latihan Amali Penyediaan Dokumen KIK & Penilaian Kursus |