Carian Kursus

[ MMA0005 ] Kursus Tanaman Hidroponik NFT (Sayuran Berdaun) Siri 2- (Talent Pool) [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Program Perantis Pertanian (Talent Pool) merupakan satu program yang dirangka selaras dengan Dasar Agromakanan 2.0 (DAN) sebagai salah satu pendekatan KPKM bagi menyokong sekuriti makanan negara. Melalui program ini, penganjuran kursus adalah secara bersasar dengan pembangunan modul mengikut keperluan kategori penerima kursus. Kursus Pengurusan Tanaman Berdaun menggunakan Teknologi Hidroponik Nutrient Film Technique (NFT) bertempat di PPK Kawasan Tampin (PPK TanggaMas), Negeri Sembilan merupakan salah satu kursus di bawah program ini dan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pengalaman sebenar kepada peserta yang berminat untuk menceburi bidang tanaman yang menggunakan teknologi hidroponik.

Objektif Kursus
  1. Menarik dan menggalakkan minat peserta untuk berkecimpung di dalam bidang pertanian
  2. Memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan teknologi terkini yang boleh digunakan dalam sektor pertanian
  3. Memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan penyediaan Rancangan Perniagaan serta mengenalpasti sumber pembiayaan yang bersesuaian
  4. Memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk memperluas jaringan perniagaan
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Terbuka kepada :

1. Siswazah Pertanian, Graduan Pusat bertauliah KPKM/ Kolej Vokasional (KV) Pertanian,

2. Siswazah Bukan Pertanian yang berminat;  dan 

3. Lepasan sekolah, Golongan B40, Belia berumur 18 - 30 tahun.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/08/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 2.30 - 4.30 petang: Pengenalan mengenai hidroponik NFT
: 5.00 - 6.30 petang: Teknologi hidroponik NFT dalam pengeluaran sayuran
: 3.00 - 4.00 petang: Taklimat Pembiayaan Agrobank
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: 8.30 - 10.30 malam: Analisa kewangan dan aliran tunai
Hari Ke-2 | 22/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 8.30 - 10.00 pagi: Taklimat Sistem di Tapak Projek NFT PPK Tampin (TANGGAMAS)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: 10.30 pagi - 1.00 tgh hari - Latihan Amali: Cara membuat mini hidroponik NFT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 2.00 - 3.00 ptg: Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM)
: 4.00 - 5.00 petang: Taklimat Rancangan Perniagaan