Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan keamanan negara perlu memiliki ilmu pengetahuan yang sempurna dan mantap dalam menguruskan bencana yang berlaku di dalam negara. Ini kerana tindakan yang cepat, berkesan dan sistematik perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan agar bencana dapat diatasi dengan kadar segera.
Situasi yang berlaku di kawasan yang terlibat dalam bencana hendaklah dikawal sepenuhnya untuk mengelakkan masalah ini bertukar menjadi konflik kemanusiaan dalam skala yang lebih besar. Ini amat penting agar bencana yang berlaku tidak menimbulkan ancaman terhadap rakyat dan negara.
a) Kursus ini perlu dilaksanakan bagi membuat persiapan awal bagi melatih penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana.
b) Kursus ini diadakan untuk memperkukuh dan memantapkan kemahiran dalam pengurusan bencana selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18, 20 dan 21.
c) Kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan penjawat awam yang cekap dan responsif di dalam pengurusan bencana.
Penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan bencana terutamanya yang bertugas di barisan hadapan.
Nota: Kursus ini tidak dikenakan bayaran (percuma).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurangan Risiko Bencana | |
: | Peranan Agensi Utama - Jabatan Penerangan Malaysia | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Ancaman Bencana | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Peranan Agensi Utama - Kementerian Kesihatan Malaysia |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Arahan MKN No. 18, 20 dan 21 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Peranan Agensi Utama - Jabatan Kebajikan Masyarakat | |
: | Peranan Agensi Utama - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Peranan Agensi Utama - Angkatan Tentera Malaysia | |
: | Peranan Agensi Utama - Polis DiRaja Malaysia |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Table Top bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (Simulasi dan latihamal). | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Latihan Table Top | |
: | MKN No. 20 | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihan Table Top |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kesiapsagaan Bencana | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Komunikasi dan Koordinasi Antara Agensi |