Carian Kursus

[ UZA0017 ] Kursus MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dilaksanakan untuk memberi pemahaman kepada peserta mengenai PKPA Bil 4 Tahun 2018 dan tatacara penyediaan myPortfolio untuk tujuan penyediaan myPortfolio yang berkualiti mengikut format yang betul di jabatan masing-masing. 

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan konsep myPortolio dengan tepat berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 2018 myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam;
  2. Menghasilkan deskripsi tugas (job description) dan panduan kerja iaitu myPortfolio di jabatan masing-masing.
Syarat Tambahan
  • Kursus ini akan dilaksanakan secara atas talian (online).
  • Peserta mestilah mempunyai kelengkapan komputer/web cam/audio yang menyokong pembelajaran atas talian dan talian internet yang stabil untuk menyertai kursus ini dari tempat masing-masing. 
  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 52.
  • Pegawai yang menyelaras Myportfolio di jabatan amat digalakkan untuk memohon kursus ini.
  • Permohonan akan dibuka DUA BULAN sebelum tarikh kursus.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan keperluan tugas hakiki peserta dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.

 

Peserta digalakkan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan dengan penyediaan Myportfolio semasa kursus ini dijalankan seperti berikut (jika ada):

1) Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja,

2) Carta Organisasi Terkini,

3) Undang-Undang / Peraturan / Punca Kuasa yang berkaitan dengan fungsi jabatan, dan

4) Lain-lain dokumen berkaitan tugas / unit yang diperlukan untuk penyediaan myPortfolio.

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/09/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL A: PENGENALAN MYPORTFOLIO: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MODUL B: TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL B (SAMBUNGAN): TATACARA PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
Hari Ke-2 | 13/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL C : LATIH AMAL PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MODUL C (SAMBUNGAN): LATIH AMAL PENYEDIAAN MYPORTFOLIO
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MOUDL D : PEMBENTANGAN