Kursus Minda Sejahtera ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada penjawat awam mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi.
Kursus Minda Sejahtera Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.
Antara syarat lain bagi peserta:
1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Minda Sejahtera anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.
2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian.
3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.
4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.
Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN MINDA SEJAHTERA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TEKNIK URUS STRES 1 | |
: | TEKNIK URUS STRES 2 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KESIHATAN MENTAL : SIMPTOM PENYAKIT DAN PENCEGAHAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERSONALITI DAN PENGURUSAN EMOSI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KONSEP PENERIMAAN DAN SPIRITUAL DALAM MINDA SEJAHTERA |