Carian Kursus

[ TZA0001 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan kursus yang memupuk semangat kerja berkumpulan, kerjasama dan menerapkan elemen pelaksanaan kerja secara berpasukan. Bagi Siri 1 ini kursus ini akan dilaksanakan untuk Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi: dan
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2.  Bagi peserta yang menginap di dalam Kampus Wilayah Timur,peserta perlu melapor diri sehari sebelum kursus antara jam 2.00 petang sehingga 7.00 malam di kaunter pendaftaran Domestik, Blok Eksekutif.

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.

4.Penginapan / makan dan minum ( sarapan pagi, minum pagi ,makan tengahari dan makan malam) sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM sepanjang kursus berlangsung.

5. Pendaftaran kursus akan dibuat pada hari pertama kursus bersama setiausaha kursus yang bertugas di bilik kuliah.

6. Peserta perlu memakai pakaian pejabat lengkap beserta tanda nama sepanjang tempoh kursus.

7. Sijil kursus hanya akan dikeluarkan sekiranya peserta mencapai kehadiran 80% kehadiran kelas.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/02/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT PESERTA DAN TAKLIMAT MADANI
: Eksplorasi Diri (Ice Breaking)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pra Pembinaan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Eksplorasi Kumpulan (Pembinaan Kumpulan)
Hari Ke-2 | 11/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mini Explorace
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kreativiti dan Kepimpinan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi & Persaingan
Hari Ke-3 | 12/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Simulasi Kembara/Kembara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kembara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ikhtiar Hidup
Hari Ke-4 | 13/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyatuan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian, Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil