Carian Kursus

[ JAA0004 ] KURSUS TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR (IOT) (UPSKILLING GS) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

KURSUS TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR (IOT) (UPSKILLING GS) LANJUTAN bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) dalam industri nanas ke arah pengurusan ladang yang lebih cekap, sistematik dan berdaya saing. Peserta akan didedahkan kepada konsep, aplikasi dan perkembangan terkini teknologi pertanian pintar yang menyokong transformasi digital sektor pertanian. Melalui kursus ini, peserta berpeluang memahami penggunaan peranti pintar, sistem pemantauan berasaskan data, analisis maklumat ladang serta integrasi teknologi digital dalam operasi pengeluaran nanas. Pendedahan ini dapat membantu peserta meningkatkan kecekapan pengurusan, produktiviti serta keupayaan membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh. Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi penggunaan teknologi IoT sebagai pemangkin kepada pembangunan industri nanas yang lebih moden, inovatif dan mampan selaras dengan agenda pendigitalan sektor agromakanan negara.

 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan aplikasi Internet of Things (IOT) dalam sektor pertanian moden
  2. Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penggunaan teknologi pintar bagi tujuan pemantauan dan pengurusan ladang secara lebih cekap dan sistematik
  3. Membolehkan peserta memahami kaedah pelaksanaan teknologi IOT bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan daya saing industri pertanian
  4. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknologi digital dan automasi selaras dengan transformasi sektor pertanian ke arah pertanian pintar
  5. Memupuk budaya inovasi dan penggunaan teknologi moden dalam menigkatkan produktiviti sektor pertanian
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 24/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SESI 1 : PERKEMBANGAN TERKINI REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 (IR4.0)
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: SESI 2 : REVOLUSI PERINDUSTRIAN (IR5.0)
Hari Ke-2 | 25/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SESI 3 : AKTIVITI KUMPULAN - KEDUDUKAN SEMASA IR4.0
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SESI 4 : PEMBENTANGAN KUMPULAN - GAMBARAN IR4.0
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SESI 5 : IOT DALAM PERTANIAN - PERKEMBANGAN TERKINI
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: SESI 6 : AI DALAM PERTANIAN DAN RUMUSAN HARI KEDUA
Hari Ke-3 | 26/06/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SESI 7 : LAWATAN DI SAUDAGAR NANAS AGROFARM @ SG MERAB
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SESI 8: ETIKA PENGGUNAAN IOT DAN AI DALAM SEKTOR PERTANIAN DAN PENUTUP