Carian Kursus

[ UZA0029 ] Kursus Pengucapan Awam [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Bagi memastikan maklumat dan informasi berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disalurkan serta disampaikan dengan berkesan kepada orang awam, maka penjawat awam haruslah mempunyai kebolehan dan keyakinan diri yang tinggi dalam berucap di hadapan orang ramai. Kemahiran pengucapan awam juga diperlukan dalam pelbagai situasi sama ada secara spontan mahupun berstruktur yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari serta ditambahbaik.

Objektif Kursus
  1. Menyediakan platform kepada penjawat awam untuk berlatih berucap dengan penuh keyakinan di hadapan orang ramai
  2. Untuk memberi panduan kepada peserta mengenai perancangan dan persembahan pengucapan awam yang betul berdasarkan elemen-elemen yang telah diterangkan ketika berucap di jabatan/agensi
  3. Memberi panduan berkaitan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi kegugupan atau perasaan gementar sebelum dan semasa berucap di hadapan orang ramai
Syarat Tambahan

Oleh kerana asrama sedia ada kini terlibat dalam projek naiktaraf, kemudahan penginapan tidak dapat disediakan dan peserta kursus perlu menguruskan sendiri perihal penginapan serta membuat tuntutan melalui jabatan masing-masing.

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan dan Jenis-Jenis Pengucapan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Elemen-Elemen Dalam Pengucapan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Pengucapan Awam : Impromptu Speech
Hari Ke-2 | 02/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mengurus Gementar atau Gugup
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peta Perjalanan Pembentang
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengucapan Awam - Perancangan dan Persediaan
Hari Ke-3 | 03/08/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Pengucapan Awam : Prepared Speech
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rumusan Dan Penilaian