Carian Kursus

[ SZA0068 ] Kursus Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus
  1. Pengurusan rekod yang sistematik membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal serta dicapai dengan cepat dan tepat. Rekod yang dikendalikan dengan betul di peringkat awal (pendaftaran dan penawanan) akan memudahkan Pejabat Awam menyampaikan perkhidmatan dengan tepat dan telus; dan
  2. Amalan tadbir urus yang baik adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang. Salah satu elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam tadbir urus yang baik adalah aktiviti pengurusan rekod. Pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah Pejabat Awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat pada perkhidmatan awam.
Objektif Kursus
  1. Mendefinisi dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik;
  2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat, MyPPSM Ceraian PO.1.1.2;
  3. Mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru diutamakan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/02/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia Madani
: Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pewujudan Rekod: [Penyediaan Surat Rasmi/Memo/E-mel]
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1
Hari Ke-2 | 25/02/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Penawanan Rekod: [Pembangunan Klasifikasi Fail Pejabat Awam]
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pendaftaran & Penawanan Rekod: [Pembukaan Fail, Pendaftaran Surat & Penghantaran Surat]
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pendaftaran & Penawanan Rekod: [Pergerakan, Penutupan dan Penyimpanan Fail]
Hari Ke-3 | 26/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 2
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penggunaan & Penyelenggaraan Rekod: [Bilik Registri dan Bilik Rekod]
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelupusan Rekod [Pemisahan, Pengasingan dan Pemindahan Rekod]
Hari Ke-4 | 27/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian Kefahaman, Rumusan dan Penilaian Penutup