Carian Kursus

[ UZA0068 ] Bengkel Pembangunan Kompetensi Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kelas dikendalikan secara interaktif. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi latih amal. Para peserta juga akan diberi pendedahan dan panduan dalam menyediakan spesifikasi untuk perolehan / tajuk yang akan ditetapkan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan spesifikasi tersebut. Pada slot akhir setiap kumpulan akan membuat pembentangan dan perbincangan lanjut: seperti sesi pembentangan spesifikasi kepada Pelulus Spesifikasi di Jabatan/ Agensi masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan dalam penyediaan spesifikasi lengkap bagi perolehan yang telah diluluskan;
  2. Memahami dan menyediakan laporan spesifikasi yang lengkap dengan semua keperluan teknikal dan kewangan, termasuk cadangan dan penetapan kriteria penilaian, skema dan skor pemarkahan; dan
  3. Mewujudkan kesedaran peri pentingnya spesifikasi dalam setiap perolehan dan peranan semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Syarat Tambahan

Penyertaan terbuka kepada semua yang terlibat  sebagai desk officer perolehan, dan yang pernah atau akan dilantik menganggotai Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi di Jabatan / Agensi masing-masing. Peserta diminta membawa contoh-contoh dokumen spesifikasi perolehan lampau (yang telah dilantik / dianugerahkan kepada pembekal berjaya - TIDAK bersifat /berstatus SULIT).

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/04/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus. Pengenalan dan Peranan Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perincian Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembahagian Kumpulan. Penetapan tajuk dan perincian kategori perolehan.
Hari Ke-2 | 23/04/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 01: Lantikan Jawatankuasa dan Peranan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal 02: Penyediaan Spesifikasi Teknikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 03: Penyediaan Spesifikasi Kewangan
Hari Ke-3 | 24/04/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 04: Penyediaan Laporan Jawatankuasa Spesifikasi (Muktamad)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan dan Ulasan