Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK. Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing. Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh tiga hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56.
Kursus ini terbuka bagi semua penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi yang berminat untuk memahami keperluan asas perlaksanaan Horizon Baharu KIK. Namun keutamaan diberikan kepada peserta yang telah dilantik oleh jabatan atau agensi samada sebagai penyelaras, fasilitator, ketua atau ahli kumpulan Horizon Baharu KIK. Keutamaan juga diberikan kepada peserta yang belum pernah menghadiri kursus ini.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;
4. Tempat penginapan tidak disediakan kepada peserta kursus.
5. Sejumlah RM30.00 perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui HB KIK (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui HB KIK (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penghasilan Projek : Pengenalpastian Projek (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) | |
: | Penghasilan Projek : Pengenalpastian Projek (Bilik Seri Kiambang 6) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bilik Seri Kiambang 6) | |
: | Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bilik Seri Kiambang 6) | |
: | Penghasilan Projek : Kaedah dan Teknik Pelaksanaan KIK : Design Thinking (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penyediaan Dokumentasi & Mekanisme Penilaian (Bilik Seri Kiambang 6) | |
: | Penyediaan Dokumentasi & Mekanisme Penilaian (Bilik Seri Mutiara 4 & 5) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyediaan Dokumentasi dan Latih Amal - Sambungan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pembentangan Dokumentasi & Latih Amal |