Carian Kursus

[ WZA0078 ] Kursus Laravel & Livewire - Basic [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini kursus asas pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web menggunakan PHP Laravel Framework dan Livewire kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas pengaturcaraan.

Kursus ini juga  bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai persekitaran pembangunan moden menggunakan container (Docker) di samping pemasangan dan konfigurasi yang betul bagi pembangunan Laravel dan Livewire.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti kelebihan Laravel dan Livewire dalam membangunkan sistem berdasarkan keperluan semasa.
  2. Menyediakan persekitaran pembangunan, pemasangan dan konfigurasi yang diperlukan dengan betul sebelum memulakan pengaturcaraan membangunkan aplikasi web menggunakan Laravel
  3. Membangunkan aplikasi web asas yang selamat, berprestasi tinggi menggunakan PHP, Laravel, Livewire, MySQL dan Redis
Syarat Tambahan
  1. Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.
  2. Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.
Modul/Topik
Hari Pertama | 27/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1 - Pengenalan Aplikasi Moden: Laravel & Livewire
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 2 : Penyediaan Persekitaran Pembangunan (Pemasangan Docker)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 3 : Pemasangan & Konfigurasi Laravel
Hari Ke-2 | 28/05/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 4 : Pembangunan Laravel dengan Livewire: - Models, migrations, and controllers - Routing - Blade - Relationship
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 5 : Pembangunan Laravel dengan Livewire: - Creating - Showing - Editing - Deleting
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 6 : Notifications & Events
Hari Ke-3 | 29/05/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 7 : Testing Out
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 8 : Perbincangan dan rumusan