Carian Kursus

[ SZA0005 ] Kursus Pengurusan Stor Kerajaan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan stor selaras dengan PP - Tatacara Pengurusan Stor dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
  2. Mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam pengurusan stor; dan
  3. Menerangkan amalan-amalan pengurusan stor yang terbaik berdasarkan Tatacara Pengurusan Stor yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru diutamakan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/06/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Pendahuluan Tatacara Pengurusan Stor
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Merekod Stok
Hari Ke-2 | 25/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyimpanan & Pengeluaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Keselamatan, Kebersihan Stor
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemeriksaan & Pindahan
Hari Ke-3 | 26/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kehilangan & Hapus Kira