Carian Kursus

[ KEE10103 ] Modul DPA: Kerajaan Digital [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Modul Kerajaan Digital ini dirangka untuk menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting dalam menghadapi cabaran era digital. Modul ini dilaksanakan secara blended learning yang akan menjadi panduan kepada penjawat awam bagi memacu agenda pendigitalan yang mampan ke arah membentuk kerajaan digital.

Tumpuan modul ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada pelaksanaan ICT di peringkat strategik dan operasi serta pengenalan kepada teknologi memuncul. Pelaksanaan ICT di peringkat strategik merangkumi dasar dan inisiatif kerajaan terhadap transformasi perkhidmatan digital, pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan dan Keselamatan Siber.

Di peringkat operasi pula peserta didedahkan dengan penggunaan perisian produktiviti seperti Microsoft Word, Excel, menguasai kemahiran penyediaan persembahan visual yang berkesan, pemahaman terhadap kompetensi dan keupayaan digital individu dan organisasi serta keupayaan menganalisis data untuk membuat keputusan.

Manakala dari aspek teknologi memuncul peserta diberikan pendedahan asas kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), Robotic Process Automation (RPA) dan Blockchain. Modul ini berupaya membangunkan kompetensi dan keupayaan digital peserta seterusnya bersedia menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif digital negara.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan tentang pelaksanaan ICT di peringkat strategik dan operasi serta pengenalan kepada teknologi memuncul dalam menepati keperluan dan hala tuju kerajaan digital.
  2. Menggunakan kemahiran digital untuk menganalisis keperluan dan trend bagi membuat keputusan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam
  3. Menghasilkan laporan pelan strategik pendigitalan untuk organisasi
Modul/Topik
Hari Pertama | 18/05/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Modul / Inisiatif Kerajaan Digital
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Inisiatif Kerajaan Digital
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DGCCR: Minda dan Budaya Digital
Hari Ke-2 | 19/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PSP: Pengenalan dan Fasa Mobilisasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PSP: Fasa Analisis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PSP: Latihan Fasa Analisis
Hari Ke-3 | 20/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PSP: Fasa Strategi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PSP: Fasa Formulasi & Fasa Dokumentasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PSP: Latihan Fasa Dokumentasi & Fasa Dokumentasi
Hari Ke-4 | 21/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keselamatan Siber untuk Pengguna
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keselamatan Siber
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Keselamatan Siber (Online Exam Sidang 3 & 4)
Hari Ke-5 | 22/05/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: High Impact Desktop Productivity (Word)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: High Impact Desktop Productivity (Excel)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Slaid Efektif & Berimpak Tinggi
Hari Ke-6 | 25/05/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Konsep Analisis Data (AD)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Analisis, Laporan dan Visualisasi Data
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Capstone : Tugasan Kumpulan
Hari Ke-7 | 26/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan PSP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan PSP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan PSP
Hari Ke-8 | 28/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan AD
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan AD
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelaksanaan Tugasan Kumpulan AD
Hari Ke-9 | 29/05/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: EPSA (5 TAJUK) Pembelajaran Kendiri & Sistem EPSA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: EPSA (5 TAJUK) Pembelajaran Kendiri & Sistem EPSA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: EPSA (5 TAJUK) Pembelajaran Kendiri & Sistem EPSA