Carian Kursus

[ IKB0001 ] Pemantapan Pengurusan Perolehan Kerajaan & Sistem ePerolehan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman warga IPPTAR yang terlibat dengan perolehan mengenai pengurusan perolehan kerajaan selaras dengan peraturan semasa serta mengukuhkan kemahiran dalam penggunaan Sistem ePerolehan. Sepanjang kursus, peserta akan didedahkan kepada prinsip perolehan, kepatuhan terhadap tatacara kewangan, serta latihan praktikal dalam mengendalikan ePerolehan secara efektif. Kursus ini dirancang untuk memastikan setiap peserta dapat melaksanakan tugas perolehan dengan lebih cekap, telus, dan berintegriti, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem perolehan kerajaan.
 

Objektif Kursus
  1. Memantapkan pengetahuan dan pemahaman peserta mengenai perolehan Kerajaan merangkumi dasar, prinsip, dan prosedur perolehan Kerajaan berdasarkan peraturan dan pekeliling terkini.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam merancang, mengurus, dan melaksanakan perolehan Kerajaan dengan lebih cekap serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mencapai nilai faedah terbaik.
  3. Memupuk nilai integriti dan akauntabiliti peserta dalam pelaksanaan perolehan bagi mengurangkan risiko ketidakpatuhan atau salah laku.
  4. Memberikan pengetahuan asas dan mendalam kepada peserta tentang fungsi Sistem ePerolehan dalam pengurusan perolehan Kerajaan.
  5. Melatih peserta untuk menguasai penggunaan Sistem ePerolehan secara profesional bagi meningkatkan keberkesanan proses perolehan.
Syarat Tambahan

i. Terbuka untuk kakitangan IPPTAR yang terlibat dengan perolehan sahaja. 

ii. Peserta digalakkan untuk membawa komputer riba masing-masing bagi melancarkan sesi pembelajaran praktikal.

Modul/Topik
Hari Pertama | 26/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat kursus, Pengenalan kepada Perolehan Kerajaan, Punca Kuasa, Prinsip & Dasar Perolehan Kerajaan.
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Kaedah Perolehan Kerajaan & Kaedah Pengurusan Sebut Harga dan Tender (Bekalan dan Perkhidmatan)
Hari Ke-2 | 27/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan (Bekalan dan Perkhidmatan) & Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Perolehan Kerja dan Pentadbiran Kontrak Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Integriti dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan, Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengenalan/Refresher Sistem ePerolehan, Modul Perancangan Perolehan & Modul Pembelian Terus
Hari Ke-3 | 28/02/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul Sebut Harga/Tender & Modul Pengurusan Kontrak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul Pemenuhan