Carian Kursus

[ JDNBD1004 ] Kursus Kepimpinan Transformasi Digital 2026 [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program ini bertujuan membangunkan sifat kepimpinan digital agar pegawai mampu mengetuai dan menerajui bahagian atau seksyen di organisasi, di samping memberikan perspektif baharu yang meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka untuk menyokong kejayaan pelaksanaan inisiatif ICT sektor awam. Selain itu, program ini turut memperkukuh keupayaan skim F dalam melaksanakan pengurusan ICT dengan lebih cekap sebagai perancang dan penggerak teknologi, selaras dengan keperluan organisasi dan perubahan teknologi yang semakin pantas.

Objektif Kursus
  1. Memperkasa kepimpinan digital dan pemikiran strategik peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran transformasi digital
  2. Memantapkan kemahiran komunikasi strategik bagi meningkatkan keupayaan peserta
  3. Membangunkan potensi diri bagi kemajuan kerjaya dan membentuk pemimpin digital yang berwawasan
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Pegawai Teknologi Maklumat Gred F13 dan F14 Lantikan Persekutuan

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/06/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan dan Ice Breaking
: Modul 1: Digital Leadership Mindset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Critical Thinking and Data-Driven Decision Making
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3: Understanding Strategic and Creative Thinking
: Modul 4: Innovation — Driving Digital Creativity
Hari Ke-2 | 23/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 5: Strategic Communication - Negotiating, Presenting Ideas & Influencing Top Management
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 6: Inspirational Leadership & Emotional Change Leadership
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Capstone — The Digital Transformation Blueprint