SINOPSIS KURSUS
Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan kursus ini pada tarikh 13 hingga 15 Jun 2023. Kursus ini dikhaskan kepada pegawai Jabatan Pertanian yang telah dilantik sebagai Pegawai Bidang khas (PBK) bagi Modul Teknikal Pertanian dan sub-bidang Teknikal Pertanian yang terbuka kepada Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian. Modul kursus ini telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya.
Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) atau dikenali dengan panggilan dron merupakan pesawat udara tanpa juruterbang yang dikendalikan dengan alat kawalan jauh oleh pengendali atau secara autopilot. Penerbangan dron yang menggunakan daya aerodinamik membolehkan ia dikawal pada jarak jauh dengan ketinggian dan kelajuan tertentu bergantung kepada jenis-jenis dron. Teknologi dron secara lazimnya sebelum ini sering digunakan dalam bidang ketenteraan, keselamatan, kajian saintifik, kejuruteraan, dan industri pembinaan. Namun demikian, kini dron juga telah banyak digunakan dalam bidang pertanian atau secara lebih tepatnya diistilahkan sebagai agroteknologi.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pegawai Jabatan Pertanian berkaitan dengan teknologi dron/UAV dalam pertanian dan untuk menambah pengalaman dalam bidang teknologi dron/UAV dalam bidang pertanian.
KURSUS TERBUKA KEPADA KAKITANGAN JABATAN PERTANIAN DAN PEGAWAI BIDANG KHAS (PBK) SAHAJA.
Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.
Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap
3 dos bagi CoronaVac (Sinovac) dan Covilo (Sinopharm).
2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).
**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.
Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah)
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN DRONE, DRONE PERTANIAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DRON | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | UAS DIRECTION SENSING AND NAVIGATION |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENYELENGGARAAN KELENGKAPAN UAS, PRE FLIGHT ACTION | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | METEOROLOGY AND RISK ASSESSMENT | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AMALI PENGGUNAAN DRON |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AMALI DRONE CHECKLIST | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | UAS OPERATIONAL PROCEDUR AND PRINCIPLE |