Carian Kursus

[ KEA0002 ] Kursus Etika Kerja Perkhidmatan Awam : Peranan Penyelia [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan pendedahan dan tunjuk ajar mengenai peranan yang perlu dilaksanakan oleh para penyelia dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan pegawai dan kakitangan di bawah seliaan. Ia wajar dihadiri oleh mereka yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek penyeliaan berkesan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam.
  2. Menyenarai peranan Penyelia dalam meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam.
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam.
Syarat Tambahan

Kursus Etika Kerja Perkhidmatan Awam : Peranan Penyelia Siri 2/2025 ini akan diadakan SECARA DALAM TALIAN.

  1. Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.
  2. Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.
  3. Peserta diminta membayar yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30. Resit penerimaan bayaran akan disediakan.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 26/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etika Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Inovasi dan Kreativiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peranan Penyelia
Hari Ke-2 | 27/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kepimpinan: Minda Beretika
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Apa selepas ini?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan & Penutup