Carian Kursus

[ KAA0016 ] Bengkel Perpustakaan Keluarga [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Perpustakaan Keluarga merupakan satu medium untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta untuk mewujudkan Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah/pejabat. Sudut bacaan di rumah boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan anggota keluarga. Dengan kewujudan Perpustakaan Keluarga di rumah, ia dapat dijadikan sebagai sudut riadah keluarga yang dapat dimanfaatkan oleh seisi keluarga dengan aktiviti pembacaan dan keilmuan.

Objektif Kursus
  1. (i) Menjadikan Perpustakaan Keluarga sebagai medium untuk menanam dan menggalakkan minat membaca secara berterusan dalam keluarga. (ii) Memberi pendedahan mengenai pelbagai bentuk bahan bacaan dan sumber maklumat yang tersedia untuk bacaan dan rujukan. (iii) Memberi panduan mengenai kaedah pengkatalogan bahan. (iv) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu dalam kalangan keluarga penjawat awam. (v) Mengetahui konsep sebenar dalam membina Perpustakaan Keluarga di rumah/pejabat.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada semua penjawat awam yang berminat. Penginapan tidak disediakan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/09/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perancangan Perpustakaan Keluarga
: Panduan Pemilihan Koleksi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Panduan Mengkatalog Koleksi