Aktiviti akuakultur memerlukan kawasan yang luas sama ada untuk menjalankan pembenihan, asuhan mahuoun ternakan. Pada awalnya, sistem kolam adalah yang paling banyak digunakan bagi tujuan tersebut. Namun, seiring dengan peredaran masa, penggunaan tangki dilihat semakin berkembang. Walaupun kapasiti tangki lebih terhad berbanding kolam, ia mampu menjana pendapatan lumayan apabila dijalankan dengan kaedah dan pengurusan akuakultur yang betul dan sesuai.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan terhadap ketiga-tiga aktiviti tersebut untuk dilaksanakan menggunakan sistem tangki. Sistem tangki dilihat lebih versatil dan memberi pilihan kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan akuakultur pada skala kecil mahupun sederhana selain mempunyai kawasan yang terhad. Ikan tilapia pula dijadikan sebagai spesies pilihan kerana bekalan benih yang senang diperoleh, kaedah pembiakan secara semulajadi, mempunyai tabiat pemakanan yang mudah, mempunyai nilai pasaran yang kompetitif dan boleh beradaptasi dengan baik baik dalam pelbagai keadaan.
Sasaran peserta;
Belia, individu yang ingin memulakan aktiviti akuakultur, pengusaha dan penternak ikan air tawar.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran Pengenalan Kepada Akuakultur Ikan Tilapia Merah | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | - Pembenihan dan asuhan ikan tilapia merah dalam tangki - Pengurusan kesihatan ikan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sistem ternakan ikan tilapia merah dalam tangki |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Amali di lapangan dan lawatan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Soal jawab dan penilaian kursus |